Armada tidak setuju SPRM guna bahasa Mandarin

Azirul Syafiq Sazali
Azirul Syafiq Sazali
A
A
A

TANJUNG MALIM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Malim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengkaji semula penggunaan bahasa Mandarin di dalam portal rasmi mereka.

Ketuanya, Azirul Syafiq Sazali berkata, tindakan tersebut jelas satu penghinaan terhadap Bahasa Kebangsaan yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat di negara ini.

Katanya, menerusi Artikel 152 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa bahasa Melayu wajib digunakan bagi urusan rasmi kerajaan.

"Tindakan SPRM ini secara tidak langsung menjadikan bahasa Kebangsaan bukan lagi bahasa yang wajib dikuasai setiap warganegara sedangkan menjadi tanggungjawab setiap rakyat di negara ini memahami apatah lagi fasih di dalam bahasa Melayu.

"Tindakan ini amat tidak wajar malah perlu dihentikan kerana seluruh Rakyat di dalam negara membantah serta memberikan reaksi kurang senang terhadap kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan SPRM melancarkan portal dalam bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Dalam pada itu, Azirul Syafiq berkata, penggunaan bahasa Mandarin itu akan menuntut bahasa-bahasa lain untuk turut digunapakai di portal rasmi SPRM itu.

Artikel Berkaitan: