Peniaga dicekup seludup anak pokok hiasan

MPV yang digunakan oleh seorang peniaga wanita berusia 33 tahun dicekup anggota PGA Batalion 7 Kuantan.
MPV yang digunakan oleh seorang peniaga wanita berusia 33 tahun dicekup anggota PGA Batalion 7 Kuantan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang peniaga wanita berusia 33 tahun dicekup anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan ketika menyeludup anak-anak pokok hiasan bernilai RM3,750 ke negara ini secara tidak sah dalam serbuan di pangkalan haram Pok Mat, Lubok Gong di sini petang semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintanden Azhari Nusi berkata, bertindak atas maklumat penyeludupan, sepasukan anggota telah digerakkan untuk melakukan intipan dan pemerhatian di pangkalan haram Pok Mat pada jam 4.30 petang.

Menurutnya, hasil pemerhatian dijalankan, pihaknya telah mengesan seorang lelaki yang sebelum ini menaiki perahu telah bertindak memunggah kotak-kotak berwarna coklat ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Chery Easter yang berada di kawasan berkenaan.

"Anggota PGA Batalion 7 kemudian telah bertindak memeriksa MPV yang dipandu oleh seorang wanita dan menemui 11 kotak berwarna coklat mengandungi 300 anak pokok hiasan.

"Hasil risikan awal, wanita berkenaan yang merupakan seorang peniaga dipercayai menyeludup anak-anak pokok hiasan dari Thailand ke Malaysia untuk pasaran tempatan menggunakan sungai Golok," katanya.

Antara anak pokok hiasan yang dirampas.
Antara anak pokok hiasan yang dirampas.

Beliau berkata, kesemua barangan yang dirampas termasuk MPV yang dipercayai digunakan untuk menyeludup anak-anak pokok hiasan tersebut dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Tindakan menyeludup anak-anak pokok itu adalah bagi mengelak dari dikenakan cukai.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011," katanya.