Mohd Rafiq nafi dakwaan mahu jawatan Ketua Bersatu Melaka

No Image Caption
A
A
A

MELAKA TENGAH - Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menafikan krisis dalaman parti yang berlaku mempunyai kaitan dengan dakwaan beliau mahu merebut jawatan Ketua Bersatu negeri.

Menurutnya, masalah dalaman yang berlaku itu sepatutnya diselesaikan secara baik dan bukan digembar-gemburkan dengan menggunakan saluran media.

“Kita tidak akan menggunakan saluran media dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku dalam Bersatu dan biarlah segala isu itu diselesaikan secara tertutup.

“Saya dah memang ketua bahagian dan (mahu menggantikan Ketua Bersatu negeri) itu tak betul," katanya selepas menyampaikan majlis penyampaian bantuan awal persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Hwa, Paya Rumput di sini, hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan pihak yang tidak berpuas hati di dalam Bersatu Melaka sedang mendesak Mohd Rafiq menjadi ketua baharunya menggantikan penyandang, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang juga Menteri Pembangunan Usahawan.

Artikel Berkaitan: