Covid-19: Pengundi tidak harus dinafikan hak

Azalina menurunkan tanda tangan sebagai simbolik pelancaran Mural Merdeka 2020 di Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini.
Azalina menurunkan tanda tangan sebagai simbolik pelancaran Mural Merdeka 2020 di Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Pengundi dari kawasan yang terjejas dengan koronavirus (Covid-19) di Sabah tidak harus dinafikan hak mereka, sebaliknya perlu diberikan peluang mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mengundi merupakan tanggungjawab mereka walaupun dalam keadaan Covid-19.

"Setiap orang ada hak untuk mengundi, kena fikirkan satu cara untuk membantu mereka mengundi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mural Merdeka 2020 di Bandar Penawar di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin; ADUN Tanjung Surat, Datuk Syed Sis Syed Abd Rahman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), Hazlina Jalil.

Hari ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keadaan Covid-19 di negeri itu masih terkawal dan mereka dari kawasan yang terjejas boleh mengundi tetapi akan diasingkan.

Menurut Mohd Shafie, kerajaan Sabah memutuskan untuk tidak melakukan perintah berkurung sepenuhnya untuk kawasan berkenaan tetapi kawalan sahaja dan mereka akan diuruskan dengan baik semasa hari pengundian.

Azalina (tengah) pada pelancaran Mural Merdeka 2020 di Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini.
Azalina (tengah) pada pelancaran Mural Merdeka 2020 di Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini.

Sementara itu, Azalina meminta orang ramai terutama golongan muda menurunkan tanda tangan bagi mengisi ruang mural Merdeka 2020 bagi menzahirkan semangat patriotik terhadap negara.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang mencetuskan idea ruang mural itu berkata, tiada had dan seberapa ramai boleh menurunkan tanda tangan namun mengingatkan mereka supaya tidak melakukan sebarang vandalisme.

"Saya harap golongan muda daripada pelbagai kaum di kawasan Pengerang ini boleh memanfaatkan mural bersaiz 100 kaki panjang kali 10 kaki tinggi untuk melakar tanda tangan masing-masing sebagai tanda cintakan negara ini.

"Selain itu, mural ini boleh menjadi ikon Bandar Penawar di mana ramai golongan muda yang tinggal di sini kerana bekerja di kawasan Rapid Pengerang dan tarikan pelancongan domestik ke kawasan Pelancongan Desaru," katanya.

Azalina berkata, program melukis mural berkenaan mendapat kerjasama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam serta Persatuan Kelab-Kelab Malaysia (MAYC) Negeri Johor.

Selain penduduk setempat, beliau berkata, orang ramai yang menggunakan jalan tersebut boleh menurunkan tanda tangan dan mengambil foto dengan latar belakang mural.