Aku Janji yang tertangguh

No Image Caption
A
A
A

NAMPAKNYA soal Perjanjian Malaysia (MA63) jadi isu besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Tan Sri Perdana Menteri bersungguh-sungguh cuba yakinkan rakyat Sabah mereka akan tunaikan Aku Janji yang dah lama tertangguh.

Soal MA63 ini memang jadi perkara sensitif kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Mereka dah lama tanyakan kenapa tidak ada reviu semula MA63 seperti sepatutnya.

Lagipun mereka rasakan kedua-dua negeri itu tidak dapat pengiktirafan yang wajar.Sabah dan Sarawak tak boleh disamakan dengan mana-mana negeri di Semenanjung sebaliknya setaraf dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Selama ini rakyat kedua-dua negeri itu merasakan mereka tak dapat layanan yang sepatutnya. Mereka anggap kedudukan mereka unik.

Mereka tak mahu import masalah dari Semenanjung. Ini termasuklah soal perkauman, agama dan pendidikan.

Awang lihat Warisan Plus yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mainkan sentimen perpaduan rakyat Sabah kali ini. Kempen parti pimpinan beliau ialah “kami di sini mahu membangunkan negeri bukan mana-mana bangsa atau agama.”

Dalam keadaan Sabah yang rakyatnya jauh lebih toleran terhadap kepelbagaian, mungkin mesej itu besar kesannya. Sama-sama kita lihat siapa yang lebih dipercayai oleh rakyat Sabah.

Artikel Berkaitan: