Etika ‘tukang canang’ produk

No Image Caption
A
A
A

AWANG tak pandai sangat pasal peranan influencer dalam jualan produk di internet. Khabarnya pengaruh mereka yang dipanggil influencer sangat besar.

Mereka ini mempengaruhi netizen untuk beli atau langgan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Semenjak ada internet, jualan atas talian jadi begitu rancak. Influencer inilah yang jadi promoter produk itu.

Macam-macam gaya dan cara mereka buat untuk dapatkan perhatian bakal pembeli. Khabarnya mereka ini ada beratus ribu pengikut dalam media sosial.

Ada yang bertaraf selebriti. Awang terperanjat juga dengan taktik yang digunakan sesetengah influencer ini.

Awang terbaca dalam surat khabar ini tentang ada antara mereka yang guna maki hamun malah ada pula yang sanggup dedah tubuh badan sendiri. Terkejut beruk Awang dibuatnya.

Ada pula yang guna taktik body shaming untuk tujuan itu. Baru-baru ini ada Awang dengar seorang influencer hina seorang yang bertanya pasal produk yang dipromosikannya.

Si influencer itu terus serang dengan kata-kata kesat serta mendedahkan foto orang bertanya. Khabarnya isu ini jadi kes mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Awang setuju sangat perlu ada kod etika dalam kalangan tukang canang produk dan barangan ini. Mereka mesti tahu tatacara dan adab tertib.

Awang juga harap pemilik produk atau barangan jangan gunakan khidmat orang seperti ini. Ajar manusia seperti ini agar lebih beradab sopan, walaupun nak cari makan.