X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga cedera lif pangsapuri terhempas

Lif dinaiki dari tingkat lima terhempas dalam kejadian di Flat Taman Batu Permai, Jinjang petang tadi. - Foto Sumber Facebook
A
A

KUALA LUMPUR - Lima individu termasuk dua kanak-kanak berdepan detik cemas apabila lif mereka naiki dari tingkat lima di Flat Taman Batu Permai, Jinjang di sini terhempas petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmorgamorty Chinniah berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati lif yang dinaiki dari tingkat lima itu secara tiba-tiba terhempas secara perlahan sehingga ke aras bawah.

"Dengan bantuan penduduk, pintu lif tersebut dapat dibuka dan mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan tiga lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan termasuk bengkak kaki dan terseliuh sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Menurutnya, ia merupakan kejadian pertama berlaku di bangunan terbabit.

"Siasatan turut dijalankan oleh pihak Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja (JKKP) dan syarikat penyelenggaraan lif terbabit," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!