X

Kindly register in order to view this article
!

Proses disinfeksi Kompleks Parlimen susulan kes positif Covid-19

A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini melakukan proses disinfeksi di Kompleks Parlimen di sini susulan seorang pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang pernah hadir ke Parlimen didapati positif Covid-19.

Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia berkata, pegawai berkenaan hadir di Parlimen pada 10 September lepas bagi membantu Timbalan Menteri Kerja Raya semasa sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara.

“Berhubung dengan keberadaan pegawai tersebut di Parlimen Malaysia, beliau dibenarkan masuk dan bertugas kerana melepasi semua SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan dan tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran persidangan Dewan Negara yang berbaki tiga hari lagi iaitu pada 21 hingga 23 September, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju agar JBPM melaksanakan disinfeksi di kompleks itu.

Menurut kenyataan itu, SOP pencegahan Covid-19 yang diguna pakai oleh Parlimen Malaysia juga mendapat kelulusan MKN dan Kementerian Kesihatan.

Semalam, JKR dalam kenyataan memaklumkan seorang kakitangannya dikesan positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab secara rawak di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak pada Isnin lepas (14 September). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!