X

Kindly register in order to view this article
!

Dua tekong darat dalang penyeludupan PATI ditahan

Kedua-dua tekong terbabit yang ditahan dalam serbuan di sekitar persisir Pantai Sungai Apong, Sabak Bernam semalam.
A
A

SABAK BERNAM - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih menahan dua lelaki warga Indonesa bertaraf penduduk pemastautin tetap kerana bertindak sebagai tekong darat yang membawa masuk pendatang asing tanpa asing (Pati) ke negara ini.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, lelaki berusia 50 dan 59 tahun itu dipercayai bergiat aktif sebagai penyedia pengangkutan kepada Pati.

Beliau berkata, kedua-duanya ditahan di sekitar pesisir Pantai Sungai Apong di sini pada jam 6 pagi semalam.

Menurutnya, kegiatan dua tekong itu terbongkar selepas serbuan dilakukan pihaknya dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam dan menahan seramai 28 warga Indonesia.

"Hasil serbuan itu, kita menahan 14 lelaki warga Indonesia berusia 25 hingga 43 tahun dan 14 wanita warga Indonesia berusia 20 hingga 53 tahun," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Zulafendy berkata, siasatan awal mendapati semua warga Indonesia berkenaan masuk ke negara ini melalui jalan laut yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot pom-pom dan kemudian dilepaskan di pesisiran pantai.

"Turut dirampas ialah dua teksi iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) dan salon dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM35, 000," katanya.

Beliau berkata, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Sungai Air Tawar Sabak Bernam di sini untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!