X

Kindly register in order to view this article
!

Poland lulus undang-undang hak haiwan ternakan

Poland meluluskan rang undang-undang hak haiwan termasuk untuk lembu dan ayam.
A
A

WARSAW - Parlimen Poland hari ini meluluskan undang-undang hak haiwan sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan penternak haiwan di negara itu.

Keputusan tersebut turut menyebabkan berlakunya krisis politik selepas salah sebuah parti gabungan kerajaan membantah undang-undang tersebut.

Bagaimanapun selepas satu siri perdebatan semalam dengan sokongan parti pembangkang yang liberal, rang undang-undang itu diluluskan di dewan rendah

Parlimen dengan 356 undi, 75 menentang dan 18 berkecuali.

Bagaimanapun, wakil-wakil rakyat daripada parti Poland Bersatu yang menyertai parti pemerintah Perikatan Parti Undang-Undang dan Keadilan (PiS) bertindak tidak menyokong undang-undang tersebut.

Kebanyakan perwakilan daripada sebuah lagi parti yang bersekutu dengan PiS iaitu Accord juga bertindak berkecuali dalam undian itu.

Situasi itu menyebabkan Ketua PiS, Jaroslaw Kaczynski yang dikenali pencinta kucing mengancam untuk mengeluarkan wakil rakyat daripada parti baharu tersebut

daripada kerajaan dalam satu rombakan Kabinet atau ketika pilihan raya umum nanti.

Ketua PiS di Parlimen Poland, Ryszard Terlecki berkata, rundingan dengan dua parti tersebut turut digantung buat sementara waktu berikutan dua parti berkenaan yang tidak menyokong undang-undang berkenaan.

Dalam pada itu, undang-undang yang masih memerlukan kelulusan Dewan Senat itu melarang penternakan haiwan untuk mendapatkan bulu selain menghentikan eksport

halal dan daging kosher.

Kosher ialah makanan yang dibenarkan mengikut peraturan diet Yahudi seperti cara penyembelihan atau penyediaannya.

Poland merupakan pengeluar ketiga terbesar dunia bulu haiwan selepas China dan Denmark, menurut para aktivis.

Ia juga pengeksport utama daging kosher ke Israel dan komuniti Yahudi di Eropah.

"Standard Poland mengenai haiwan tidak sepatutnya menjadi lebih teruk atau lebih baik berbanding negara-negara Barat," kata Kaczynski pada minggu lalu.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia berkata, terdapat kira-kira 550 ladang haiwan untuk mendapatkan bulu binatang itu di Poland.

Semua ladang itu menternak 5.2 juta haiwan.

Namun, undang-undang itu mendapat kritikan di kawasan luar bandar yang merupakan tempat ramai penyokong parti PiS.

Pakar-pakar yang dipetik oleh akhbar Gazeta Wyborcza berkata, kesan ekonomi akibat pelaksanaan undang-undang itu adalah sekitar 1.6 juta euro (RM7.82 juta). - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!