X

Kindly register in order to view this article
!

Dua daripada komuniti Pala'u di Lahad Datu positif Covid-19

A
A

LAHAD DATU - Polis mengesahkan dua individu dalam kalangan komuniti Pala'u atau Bajau Laut di daerah ini positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, seorang daripada mereka disahkan positif beberapa hari lepas sementara seorang lagi dikesan positif hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat agar menjarakkan diri daripada komuniti berkenaan termasuk menghentikan pemberian sumbangan kepada mereka bagi mengelakkan penularan Covid-19.

"Pihak polis juga akan mengambil tindakan untuk mengekang mereka ini ke kawasan bandar bagi tujuan meminta sedekah," katanya kepada Bernama hari ini.

Untuk rekod, Lahad Datu mencatatkan 12 kes positif baharu hari ini.

Komuniti Pala'u sering dilihat meminta sedekah di kawasan bandar dengan tumpuan di sekitar lampu isyarat, bank dan premis perniagaan.

Sementara itu, Nasri menafikan Lahad Datu kini di bawah 'lockdown' (sekatan pergerakan) seperti yang ditularkan menerusi media sosial.

Sebaliknya kata beliau, larangan cuma melibatkan aktiviti rekreasi di tempat awam.

Polis juga melaksanakan empat sekatan jalan raya serta penutupan tiga laluan jalan bagi mengawal pergerakan orang ramai ke bandar sekali gus mencegah penularan Covid-19, katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!