PKM Gombak Setia perlu dikosongkan dalam tempoh tiga hari.

Sitaan ke atas PKM Gombak Setia yang sebelum ini merupakan dewan masyarakat di bawah pengurusan MPS.
Sitaan ke atas PKM Gombak Setia yang sebelum ini merupakan dewan masyarakat di bawah pengurusan MPS.
A
A
A

GOMBAK - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Jalan Berjaya di sini perlu dikosongkan dalam tempoh tiga hari sehingga Ahad ini.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mengambil tindakan sitaan dan menampal notis pengosongan premis tersebut hari ini.

Menurutnya, tindakan tersebut susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham bukan lagi sebahagian wakil rakyat yang mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Ingin ditekankan bahawa dewan ini adalah aset MPS yang digunakan sebagai pusat khidmat masyarakat ADUN mewakili kerajaan negeri bagi kawasan tersebut.

"Oleh kerana ADUN Gombak Setia bukan lagi di pihak kerajaan negeri, maka notis pengosongan telah dikeluarkan sejak Julai lalu," menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa peringatan telah dikeluarkan sebelum notis akhir dikeluarkan pada hari ini.

Sitaan ke atas PKM Gombak Setia yang sebelum ini merupakan dewan masyarakat di bawah pengurusan MPS.
Sitaan ke atas PKM Gombak Setia yang sebelum ini merupakan dewan masyarakat di bawah pengurusan MPS.

"MPS telah melakukan lawatan tapak tersebut dan memaklumkan tentang arahan pengosongan dewan.

Artikel Berkaitan:

"MPS juga telah memberi peringatan mengenai pengosongan dewan ini pada 7 September lalu disusuli surat peringatan yang dikeluarkan dua hari kemudian," katanya.

Menurut kenyataan itu, MPS berharap tidak timbul sebarang kekeliruan berhubung tindakan yang diambil pada hari ini selepas penjelasan berhubung tindakan tersebut dikeluarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pejabat Azmin, Hilman disita

Sinar Harian hari ini melaporkan Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman disita dan diarah dikosongkan MPS hari ini.

MPS mengeluarkan notis akhir terhadap pengurusan PKM Gombak Setia yang perlu mengosongkan bangunan dalam tempoh tiga hari.
MPS mengeluarkan notis akhir terhadap pengurusan PKM Gombak Setia yang perlu mengosongkan bangunan dalam tempoh tiga hari.

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan status kedua-dua wakil rakyat tersebut yang bukan lagi ADUN mewakili kerajaan negeri selepas menyertai Bersatu.

Muhammad Hilman ketika diminta mengulas berhubung perkara itu berkata, tindakan kerajaan negeri dengan merampas kembali pusat khidmat itu sebagai salah satu bentuk hukuman ke atasnya kerana tidak lagi menyokong PH.

Malah, katanya, tindakan itu juga merugikan rakyat DUN Gombak Setia memandangkan pusat khidmat berkenaan merupakan tempat beliau bekerja menyalurkan bantuan kepada warga Gombak.