Bantuan RM200 untuk penduduk PKPD Zon Melor

Muhammad Sanusi (dua dari kanan) menyerahkan bantuan segera kepada Abdullah pada satu majlis ringkas di Sub Tek Balai Polis Komuniti Ambangan Heights.
Muhammad Sanusi (dua dari kanan) menyerahkan bantuan segera kepada Abdullah pada satu majlis ringkas di Sub Tek Balai Polis Komuniti Ambangan Heights.
A
A
A

ALOR SETAR - Kira-kira 629 keluarga di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Zon Melor di Ambangan Height, Sungai Petani menerima bantuan segera RM200 hari ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sumbangan RM125,800 itu kepada Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim pada majlis ringkas di Sub Tek Balai Polis Komuniti Ambangan Heights.

Muhammad Sanusi berkata, bantuan segera RM200 disalurkan bagi mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi penduduk Zon Melor selepas PKPD Pentadbiran di kawasan itu dilanjutkan hingga 27 September.

Katanya, petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengagihkan bantuan segera tersebut.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD Pentadbiran di Zon Melor dilanjutkan, manakala Zon Mawar dan Zon Kenanga ditamatkan pada 13 September.

Ini berikutan 12 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dikesan dari kawasan itu dalam saringan kali kedua pada 9 September setelah Zon Melor bersama dua zon lain di Ambangan Heights diletakkan bawah PKPD Pentadbiran sejak 28 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD: Kedah peruntuk RM1 juta bantuan bekalan makanan

Artikel Berkaitan: