X

Kindly register in order to view this article
!

Singapura catat 11 kes baharu Covid-19

A
A

SINGAPURA - Singapura dalam pengesahan awal hari ini melaporkan terdapat 11 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan satu kes dalam komuniti.

“Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat satu kes dalam komuniti yang merupakan rakyat Singapura,” menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam data ringkas yang disiarkan di sini hari ini.

MOH berkata, terdapat satu kes import yang diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba di Singapura.

Dengan perkembangan terkini, jumlah keseluruhan yang dijangkiti di republik itu 57,543 kes.

Menurut kementerian itu, ia masih meneliti perincian kes dan kemas kini lanjut akan dikeluarkan malam ini.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat Khamis, kementerian itu mengklasifikasikan 1,005 dilaporkan sebagai kes import; 2,241 kes komuniti dan 54,286 melibatkan penghuni asrama.

Sementara itu, MOH berkata, sebanyak 57,039 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan didiscaj dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

Sebanyak 43 kes yang disahkan masih berada di hospital tetapi tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi, menurut kementerian itu.

Sementara itu, 423 pesakit yang bergejala ringan atau dari segi klinikal adalah sihat tetapi diuji positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Setakat ini, seramai 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di republik itu.

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!