Lelaki Bangladesh cedera ditetak penyamun

Seorang lelaki warga Bangladesh cedera ditetak dalam kejadian samun di sebuah kedai runcit di Taman Sentosa, Johor Bahru hari ini. Gambar kecil: Mohd Padzli
Seorang lelaki warga Bangladesh cedera ditetak dalam kejadian samun di sebuah kedai runcit di Taman Sentosa, Johor Bahru hari ini. Gambar kecil: Mohd Padzli
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Bangladesh ditetak sebelum disamun di sebuah kedai runcit di Taman Sentosa di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.20 petang, mangsa yang berusia 20-an cedera tangan kiri dan kepala selepas ditetak dengan pisau pemotong sayur serta dipukul dengan menggunakan kotak resit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ketika kejadian mangsa sedang bekerja di kedai runcit itu sebelum didatangi sebuah kereta berwarna biru.

"Suspek lelaki tempatan yang berusia lingkungan 30-an kemudian menyerang mangsa sebelum melarikan telefon bimbit lelaki Bangladesh tersebut. Kerugian mangsa dianggarkan RM300," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu menyalurkannya kepada pegawai penyiasat menerusi talian 014 6270 324 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323.

Artikel Berkaitan: