Polis trafik cedera dilanggar kereta

Tangkap layar video kejadian seorang pegawai polis dilanggar sebuah kereta dinaiki dua lelaki disyaki warga Indonesia yang tular di media sosial, hari ini. Gambar kecil:Inspektor Ismail Aun menunjukkan kecederaan dialami selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Bulatan Puncak Perdana, Shah Alam pagi tadi.
Tangkap layar video kejadian seorang pegawai polis dilanggar sebuah kereta dinaiki dua lelaki disyaki warga Indonesia yang tular di media sosial, hari ini. Gambar kecil:Inspektor Ismail Aun menunjukkan kecederaan dialami selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Bulatan Puncak Perdana, Shah Alam pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis cedera apabila motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dinaiki dua lelaki disyaki warga Indonesia dalam kejadian di Bulatan Puncak Perdana, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu berlaku selepas mangsa, Inspektor Ismail Aun, 55, selesai menjalankan pemantauan operasi trafik di Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 kemudian telah meneruskan perjalanan ke kawasan aduan kesesakan trafik di lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi, mangsa yang berpakaian preman melihat sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti kerana ditahan oleh anggota trafik di tepi jalan tersebut.

"Tiba-tiba kereta dinaiki dua lelaki disyaki warga Indonesia melanggar mangsa dari arah belakang hingga mengakibatkan mangsa terjatuh dan pemandu kereta terus melarikan diri menghala ke arah Puncak Alam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa yang mengalami kecederaan di kaki dan badan telah mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.

Beliau berkata, semakan nombor pendaftaran kereta terbabit didapati atas nama seorang lelaki berusia 51 tahun yang beralamat di Jalan Titiwangsa 24, Seksyen 24, Shah Alam dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.

Katanya, orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu polis mengesan dua individu tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186/307 Kanun Keseksaan," katanya.

Insiden itu tular apabila video berdurasi 24 saat itu dimuat naik di laman sosial Facebook.