Klopp puji Lampard

Klopp (kiri) enggan memanjangkan pertikaman lidah dengan Lampard menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, Ahad ini.
Klopp (kiri) enggan memanjangkan pertikaman lidah dengan Lampard menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, Ahad ini.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp enggan memanjangkan pertikaman lidah dengan pengurus Chelsea, Frank Lampard menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, Ahad ini.

Menurutnya, dia tidak mahu situasi panas yang berlaku sebelum ini berpanjangan selain turut meredakan ketegangan seketika dengan memuji Lampard telah menjalankan tugasnya dengan baik bersama The Blues.

"Tidak ada apa-apa pertikaian antara saya dan Lampard. Saya memuji dan menyukainya sebagai pemain dan sekarang dia melakukan tugas dengan baik sebagai seorang pengurus pasukan.

"Jadi maaf, saya tidak akan menolong anda (pihak media) untuk memberikan komen yang akan terus mengundang situasi panas antara kami. Memang benar hari minggu ini kami akan bersaing, tetapi selepas perlawanan itu semuanya akan jadi normal," katanya.

Sebagai rekod, pertemuan terakhir antara Liverpool dan Chelsea di Anfield pada 22 Julai lalu menyaksikan Klopp dan Lampard saling menyindir antara satu sama lain.

Lampard menyebut Liverpool tidak boleh berlagak sombong selepas muncul juara EPL sebelum Klopp membalas dengan mengatakan bekas tonggak Chelsea itu perlu lebih banyak belajar untuk menjadi seorang pengurus yang baik.

Situasi panas itu tidak terhenti di situ sahaja apabila Klopp membidas Chelsea yang berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini dan Lampard membalas sindiran Liverpool dengan menyatakan kelab itu juga 'tidak sedar diri' dengan mengeluarkan belanja besar beberapa musim sebelum ini.

"Kami dari kelab yang berbeza dan memimpin dengan cara yang berbeza. Itulah keadaannya. Kami berbelanja dengan cara yang berbeza dan mendapatkan hasil yang berbeza. Keadaan tidak sama seperti kelab-kelab lain.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun yang mereka (Chelsea) lakukan, saya tidak ada masalah. Mereka boleh melakukan apa jua yang mereka mahu, ini dunia yang bebas. Kami mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan pasukan," ujar Klopp.