Klopp tak nak gaduh dengan Lampard

Klopp tidak mahu meneruskan pertikaman lidah dengan Lampard.
Klopp tidak mahu meneruskan pertikaman lidah dengan Lampard.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp enggan memanjangkan pertikaman lidah antara dirinya dan pengurus Chelsea, Frank Lampard menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini.

Menurutnya, dia tidak mahu situasi panas yang berlaku sebelum ini diteruskan selain turut meredakan ketegangan dengan memuji Lampard telah menjalankan tugasnya dengan baik bersama The Blues.

"Tidak ada apa-apa pertikaian antara saya dan Lampard. Saya memuji dan menyukainya sebagai pemain dan sekarang dia melakukan pekerjaan dengan baik sebagai seorang pengurus pasukan.

"Jadi maaf, saya tidak akan menolong anda (media) untuk memberikan komen yang akan terus mengundang situasi panas antara kami. Memang benar hari minggu ini kami akan bersaing, tetapi selepas perlawanan itu semuanya akan jadi normal," katanya.

Untuk rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan adalah pada 22 Julai lalu dengan kedua-dua pengendali itu sempat sindir menyindir antara satu sama lain.

Lampard menyebut Liverpool tidak boleh berlagak sombong selepas menjadi juara EPL dan Klopp membalas bekas pemain Chelsea itu perlu lebih banyak belajar unutk menjadi seorang pengendali yang bagus.

Situasi panas itu tidak terhenti di situ sahaja apabila Klopp turut membidas Chelsea yang berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini dan Lampard membalas sindiran Liverpool dengan menyatakan kelab itu juga 'tidak sedar diri' dengan mengeluarkan belanja besar beberapa musim sebelum ini.

"Kami dari kelab yang berbeza dan memimpin dengan cara yang berbeza. Itulah keadaannya. Kami berbelanja dengan cara yang berbeza dan mendapatkan hasil yang berbeza. Keadaan tidak sama seperti di kelab-kelab lain.

Artikel Berkaitan:

"Apapun yang mereka (Chelsea) lakukan, saya tidak ada masalah. Mereka boleh melakukan apa jua yang mereka mahu, ini dunia yang bebas. Kami mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan pasukan," katanya.