OKT mengamuk di Mahkamah Majistret Kuala Pilah

Perbicaraan kes terpaksa dihentikan di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini apabila OKT mengamuk sebelum kertas pertuduhan habis dibacakan terhadapnya.
Perbicaraan kes terpaksa dihentikan di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini apabila OKT mengamuk sebelum kertas pertuduhan habis dibacakan terhadapnya.
A
A
A

KUALA PILAH - Perbicaraan kes seorang wanita berusia 20 tahun di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini terpaksa dihentikan apabila dia tiba-tiba mengamuk.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, wanita itu merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) dibawa ke Mahkamah tersebut atas pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

"OKT dari Hospital Tampoi, Johor dan doktor mengesahkan dia layak dibicarakan.

"Bagaimanapun, lebih kurang jam 10 pagi, ketika dalam kamar perbicaraan, OKT tiba-tiba mengamuk sebelum kertas pertuduhan habis dibacakan terhadapnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perbicaraan terpaksa dihentikan selepas OKT cuba meluru keluar dari mahkamah, namun situasi berjaya dikawal dengan bantuan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) anggota Women Police Constables (WPC)dari Balai Polis Kuala Pilah.

" OKT yang berasal dari daerah ini, kini dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Terdahulu, OKT diiringi cawangan Pengiring Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kuala Pilah dari Hospital Tampoi, Johor ke Lokap Balai Polis Melang sebelum dibawa ke mahkamah hari ini.

Artikel Berkaitan: