MB Kedah jalani saringan Covid-19 esok

Muhammad Sanusi Md Nor
Muhammad Sanusi Md Nor
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan menjalani ujian saringan Covid-19 esok, berikutan kes positif membabitkan petugas Jabatan Penerangan Kedah.

Beliau mengesahkan sudah menjalani tiga ujian saringan Covid-19 sebelum ini, di mana semua keputusannya adalah negatif.

Menurut beliau, adalah menjadi kewajipan untuk beliau jalani ujian berkenaan susulan terdedah kepada kontak rapat yang disahkan positif Covid-19.

"Saya diminta Jabatan Kesihatan Negeri Kedah untuk membuat saringan, untuk pastikan saya sihat dan bebas wabak itu.

Esok saya akan ke hospital untuk melakukan saringan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berkaitan seorang jurugambar Jabatan Penerangan Negeri Kedah yang disahkan positif pandemik itu.

Isnin lalu, jurugambar terbabit hadir membuat liputan majlis penyerahan bantuan di Wisma Darul Aman, yang turut dihadiri Muhammad Sanusi.

Majlis itu dihadiri beberapa Exco, pegawai kanan kerajaan, pemimpin parti termasuk petugas media tempatan.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, kakitangan Wisma Darul Aman, Jabatan Penerangan dan wartawan terlibat turut diminta menjalani ujian saringan di Hospital Alor Setar hari ini.