Gandingan Bale, Son dan Kane bakal gegar EPL

Bale
Bale
A
A
A

KHABAR angin mengenai kepulangan semula Gareth Bale ke Tottenham Hotpsur semakin bertiup kencang dengan The Lilywhites kini dalam perbincangan untuk membawa pemain Wales itu ke kelab secara pinjaman.

Bekas penyerang Arsenal yang kini menjadi pemerhati bola sepak Engkand, Ian Wright menyifatkan jika perpindahan itu berlaku, Spurs akan mempunyai peluang cerah untuk memberikan cabaran lebih hebat dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

"Jika Spurs berjaya merekrut Bale, ia akan memberikan lebih pilihan di bahagian serangan selain gandingannya bersama Son Heung Min dan Harry Kane akan memberikan impak yang luar biasa kepada pasukan.

"Jika peluang diberikan lebih besar kepada Bale dalam pasukan, saya yakin dia mampu menjadi hebat seperti sebelum ini.Saya yakin dia boleh menjadi antara pemain yang memberikan perbezaan kepada pasukan dalam setiap perlawanan," katanya.

Sebelum ini, Bale dikaitkan berpindah ke Liga Super China tetapi terbatal pada minit akhir selain beberapa pasukan dari Eropah juga ada menyatakan hasrat mendapatkan khidmatnya itu.

Namun, soal gaji yang terlalu tinggi sering menjadi penghalang untuk Bale berpindah dengan pemain yang dianggap sebagai 'buangan' di Real Madrid itu sudah tidak diperlukan pasukan gergasi Sepanyol tersebut.

Dalam masa sama, Wright juga tidak menolak kemungkinan Bale akan sedikit berkarat dia atas padang memandangkan jarang diturunkan dalam perlawanan bersama Real.

"Memang akan ada tanda tanya dengan anggapan Spurs tidak akan mendapatkan Bale yang dahulu dan hanya akan mendapat Bale yang lebih tua. Tetapi, kita bicarakan mengenai seorang pemain yang masih antara terbaik di dunia.

Artikel Berkaitan:

"Mungkin ada yang tidak mengharapkan sesuatu yang lebih dapat dicapai Bale jika kembali ke Spurs. Tetapi, jika pada usia 31 tahun dan dia mampu kembali hebat, maka situasinya akan menarik buat Spurs," katanya.