Penulis novel Forest Gump meninggal dunia

Winston Groom
Winston Groom
A
A
A

MOSCOW - Winston Groom, penulis novel popular Forrest Gump meninggal dunia pada usia 77 tahun, lapor agensi berita Sputnik, memetik gabenor bandar Fairhope, Alabama.

“Dengan dukacita saya berkongsi maklumat mengenai pemergian sahabat kita Winston Groom. City of Fairhope telah kehilangan seorang penulis ikonik hari ini. Marilah bersama kita berdoa untuk keluarga dan rakan-rakannya," tulis Karin Wilson di laman Facebooknya pada Khamis.

Novel 'Forrest Gump' yang diterbitkan pada 1986, meraih populariti selepas diadaptasi ke layar perak pada 1994. Novel itu mengisahkan seorang lelaki dengan ketidakupayaan kognitif, yang kehidupannya berkait rapat dengan sejarah Amerika Syarikat pada abad ke-20.

Groom turut menghasilkan sekuel 'Forrest Gump' yang berjudul 'Gump and Co.' serta beberapa karya bukan fiksyen. - Bernama

Artikel Berkaitan: