X

Kindly register in order to view this article
!

Penganggur didakwa tumbuk isteri hingga cedera

Mohd Hafizan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan menumbuk kepala isteri hingga cedera.
A
A

MELAKA - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan sengaja menumbuk kepala isteri hingga cedera, Ahad lalu.

Mohd Hafizan Abu Bakar, 36, membuat mengaku itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menumbuk kepala Norhassima Suhaini, 37, lebih kurang jam 7.30 malam di tepi jalan berhampiran Taman Tasik Utama Ayer Keroh di sini pada 13 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM4, 000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nora Yaacob mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM4,000 dikenakan kepada tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan telah diberhentikan kerja, selain perlu menyara enam orang anak.

Shu Yee membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 November depan sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!