Bekas peguam didakwa kes penipuan RM57,300

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas lapan pertuduhan menipu membabitkan nilai RM57,300.
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas lapan pertuduhan menipu membabitkan nilai RM57,300.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang bekas peguam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas lapan pertuduhan menipu membabitkan nilai RM57,300.

Tertuduh N G Annie Maria, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret V Vanita dan Mahyun Yusof di mahkamah berasingan.

Mengikut pertuduhan tertuduh telah menipu Jude Ignatius Lazaroo, 59, dengan memperdayakannya untuk melakukan pengeluaran wang komisyen berjumlah RM4.36 juta daripada Bank Negara dan menjanjikan akan memberi wang imbuhan tetapi pengeluaran wang komisen itu tidak wujud.

Berikutan itu tertuduh telah mendorong mangsa memasukkan wangnya ke dalam akaunnya berjumlah keseluruhan RM57,300.

Perbuatan itu dilakukan antara 9 Februari 2018 sehingga 22 Februari 2019 di dua lokasi iaitu di Wisma TNB di Petaling Jaya, Selangor dan di No 31 Off Persiaran Seremban 3, Seremban.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan, sabit keseksaan penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Peguam M Gobinathan merayu tertuduh diberi jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya sudah lima tahun tidak bekerja dan perlu menanggung bapanya yang sudah tua.

Mahkamah menetapkan jaminan keseluruhan kes RM26,000 dan sebutan semula kes 1 Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa L Rathna dan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zainol.