Kenaikan elaun bukti kerajaan prihatin nasib nelayan

Abdul Hamid Bahari
Abdul Hamid Bahari
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenaikan semula kadar Elaun Sara Hidup Nelayan dari RM250 sebulan kepada RM300 sebulan membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin serta mengambil berat terhadap nasib nelayan dari pelbagai aspek.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari berkata, beliau dan seluruh masyarakat nelayan di negara ini berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kenaikan itu serta kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh kerajaan.

"Perkhabaran ini memberikan reaksi yang gembira dan kesan yang menyenangkan buat masyarakat nelayan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, ketika berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Beaufort, Sabah semalam, Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menaikkan semula kadar Elaun Sara Hidup Nelayan dari RM250 sebulan kepada RM300 sebulan bagi mengurangkan beban golongan itu yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: