X

Kindly register in order to view this article
!

Op Rentap berkas 149 penjenayah ragut, curi

Antara individu yang ditahan sepanjang Op Rentap JSJ Kuala Lumpur di sekitar ibu negara.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberkas 149 individu yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah dan dadah menerusi Op Rentap di sekitar ibu negara sepanjang tempoh tiga bulan bermula Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, operasi sepasukan Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur itu menumpukan di kawasan kejadian ragut di daerah Dang Wangi, Brickfields, Cheras, Sentul dan Wangsa Maju selain premis pajak gadai serta hotel bajet.

Menurutnya, seramai 12 individu dikenakan tindakan di bawah Perintah Tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

"Tindakan lain yang diambil ialah di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 457 KK, Seksyen 411 KK, Seksyen 379 KK, Seksyen 379A KK, Seksyen 395/397 KK dan beberapa seksyen lain termasuk Akta Imigresen 1959/63.

"Polis juga mendapati seramai 14 individu disenarai hitam membabitkan pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat pengawasan di bawah POCA," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Seramai 149 individu yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah dan dadah diberkas menerusi Op Rentap JSJ Kuala Lumpur di ibu negara sejak Jun lalu.
Seramai 149 individu yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah dan dadah diberkas menerusi Op Rentap JSJ Kuala Lumpur di ibu negara sejak Jun lalu.

Menurutnya, polis yakin penangkapan kesemua suspek berjaya menumpaskan beberapa geng ragut, pecah rumah dan curi yang aktif di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu katanya, tindakan POCA dikenakan terhadap pembeli barang hasil ragut dan curi bagi memastikan keseluruhan kumpulan ini dapat dilumpuhkan.

Mengulas lanjut, operasi dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur turut bertindak mengeluarkan 653 saman atas pelbagai kesalahan trafik seperti mengubah suai kenderaan, tidak lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

"Tindakan yang diambil terhadap penjenayah di bawah POCA lebih efektif dan mempunyai impak positif bagi menghapuskan penjenayah terutama bagi kes ragut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!