X

Kindly register in order to view this article
!

Cubaan seludup anjing baka dalam lori buah gagal

Maqis bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk 23 ekor anjing dari pelbagai jenis baka di pintu masuk Kompleks ICQS Pengkalan Hulu, Rabu lalu.
A
A

PENGKALAN HULU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 23 ekor anjing pelbagai jenis baka di pintu masuk Kompleks ICQS Pengkalan Hulu Rabu lalu.

Kesemua anjing baka Pomeranian, Shih Tzu dan French Bulldog yang dianggarkan bernilai RM20,000 itu disembunyikan dalam sebuah lori transit yang membawa buah-buahan dari Thailand ke Singapura.

Pengarah Maqis Perak, Rozita Superman berkata, pemeriksaan ke atas lori sekitar jam 4 petang itu menemui 23 ekor anjing pelbagai jenis baka dalam lapan sangkar berlainan dan disembunyikan bersama muatan buah-buahan.

"Ssiasatan awal mendapati kesemua haiwan itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan bagi tujuan peliharaan. Kesemua haiwan itu tidak mempunyai sebarang dokumen sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Maqis dan sijil kesihatan dari negara asal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anjing dari baka pomeranian, shih tzu dan french bulldog yang dianggarkan bernilai RM20,000 itu disembunyikan dalam sebuah lori transit yang membawa buah-buahan.
Anjing dari baka pomeranian, shih tzu dan french bulldog yang dianggarkan bernilai RM20,000 itu disembunyikan dalam sebuah lori transit yang membawa buah-buahan.

Menurutnya, kegagalan untuk mengemukakan permit import merupakan kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali.

"Pemandu lori warga tempatan berusia lingkungan 40-an ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan," katanya.

Beliau berkata, bagi setiap kemasukan keluaran pertanian termasuk haiwan peliharaan perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan bagi memastikan haiwan peliharaan bebas penyakit.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!