PM umum dividen DPK sebanyak 8.1 peratus

Muhyiddin berucap pada Program Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Beaufort semalam.
Muhyiddin berucap pada Program Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Beaufort semalam.
A
A
A

BEAUFORT - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kadar dividen sebanyak 8.1 peratus bagi Dana Peladang Kebangsaan (DPK) dengan keseluruhan dividen sebanyak RM7.7 juta.

Agihan itu diberikan selepas Dana Peladang Kebangsaan di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah memperolehi keuntungan sebanyak RM9.3 juta bagi tahun 2019.

Muhyiddin berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3 peratus berbanding RM7.6 peratus pada tahun 2018.

“Meskipun 2019 merupakan tahun yang sukar dan didominasi ketidaktentuan pasaran, DPK akan terus memfokuskan kepada strategi pembiayaan dan kepelbagaian portfolio perbendaharaan bagi memberikan daya tahan serta pulangan memberangsangkan kepada ahli pada masa depan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada Program Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Dataran Bagandang di sini semalam.

Muhyiddin (kiri) menabur baja pada anak pokok padi bukit sambil dibantu Pengarah Sektor Bisnes Awam NAFAS, Saripol Baharin Karim sebagai simbolik perasmian Program Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Beaufort semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Muhyiddin berkata, DPK bangga kerana mampu memberikan pulangan yang kompetitif dan melebihi kadar inflasi secara konsisten dengan purata dividen sebenar sebanyak 8.7 peratus bagi tiga tahun berturut-turut dari tahun 2017.

Artikel Berkaitan:

Katanya, NAFAS menggalakkan warga tani agar mendaftar sebagai Ahli Peladang di Pertubuhan Peladang Kawasan sekali gus berpeluang membuka akaun pelaburan di bawah Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) serta memohon produk pembiayaan DPK.