PPZ-MAIWP bantu usahawan B40 terjejas

Penerima sumbangan bergambar bersama selepas Majlis Sumbangan Gerai Perniagaan Bangkit Khaira PPZ di PT 486-494, Jalan Tun Razak hari ini.
Penerima sumbangan bergambar bersama selepas Majlis Sumbangan Gerai Perniagaan Bangkit Khaira PPZ di PT 486-494, Jalan Tun Razak hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 10 usahawan daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di sekitar Kuala Lumpur menerima bantuan berupa gerai stainless steel daripada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sempena program Bangkit Khaira PPZ semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, program Bangkit Khaira PPZ itu bertujuan menyantuni peniaga daripada golongan B40 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan bagi kelangsungan hidup dalam situasi pemulihan Covid-19 dengan sumbangan disampaikan berjumlah keseluruhan RM20,000.

“Sumbangan diberikan ini merupakan sokongan kepada mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya.

“Program ini sekali gus mengisi mana-mana ruang dalam membantu mereka yang memerlukan di samping menyokong agihan zakat yang dilakukan oleh Baitulmal-MAIWP,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sumbangan Gerai Perniagaan Bangkit Khaira PPZ di PT 486-494, Jalan Tun Razak di sini semalam.

Sementara itu, penerima, Muhd Amirul Hanif Mohd Noor, 32, bersyukur dengan sumbangan diterima dengan menyifatkan sebagai satu peluang untuknya melipatgandakan usaha serta memajukan diri dalam bidang perniagaan.

“Buat masa ini, saya berniaga secara kecil-kecilan di Keramat, insya-ALLAH dengan apa yang saya terima ini saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Artikel Berkaitan: