X

Kindly register in order to view this article
!

Negeri Sembilan Antlers buru tiga terbaik

n9
A
A

NEGERI Sembilan Antlers menyasarkan kedudukan tiga teratas pada cabaran Liga Sepak Takraw (STL) 2020 Divisyen Premier yang dijadualkan bermula hari ini sehingga 15 November depan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans), Wan Mohd Husni Abdullah berkata, pemainnya akan mempamerkan aksi lebih baik bagi memastikan pasukan itu kekal dalam saingan liga.

"Ketiadaan pemain import pada tahun ini mewujudkan persaingan terbuka. Kita lihat ada pasukan yang mempunyai pemain bintang yang berpengalaman.

“Jadi, kita tidak memandang mudah cabaran pasukan lain dan akan menunjukkan aksi lebih cemerlang nanti," katanya selepas menghadiri majlis pengenalan pasukan sepak takraw Negeri Sembilan Antlers, yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani di sini baru-baru ini.

Pada masa sama Wan Mohd Husni berkata, Antlers yang mengakhiri saingan musim lalu pada kedudukan keenam telah menjalani latihan selama tiga bulan bagi menghadapi saingan liga berkenaan turut mengingatkan pemainnya sentiasa fokus dan memperbaiki kelemahan pada tahun sebelum ini.

Negeri Sembilan Antlers di bawah bimbingan ketua jurulatih Shahibol Mazlan dan jurulatih Mohd Shahir Nasruddin itu diperkuat dengan kehadiran pemain baharu iaitu pemain pelapis pasukan kebangsaan dan skuad Sukan Malaysia (Sukma) Negeri Sembilan, Syahmi Ikhwan Safaruddin sebagai tekong dan bekas pemain pasukan Kelantan Warrior, Aiman Fouzee selaku apit kanan.

Turut tersenarai Mohd Syazreen Qamar Salehan selaku ketua pasukan, Mohd Hisham Mat, Hafizul Hayazi Adnan dan Zul Efendi Sumari.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!