RM40.34 juta disalur kepada Sabah, Sarawak

Muhyiddin (dua dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan wakalah zakat perniagaan NAFAS kepada wakil asnaf negeri Sabah di Beaufort.
Muhyiddin (dua dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan wakalah zakat perniagaan NAFAS kepada wakil asnaf negeri Sabah di Beaufort.
A
A
A

BEAUFORT - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan beberapa inisiatif untuk dimanfaatkan golongan petani, penternak dan nelayan.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM40.34 juta disalurkan oleh kerajaan khusus kepada Sabah dan Sarawak di bawah Skim Baja Racun Padi Bukit (SBRPB).

Menurutnya, NAFAS merupakan pembekal SBRPB dan ia akan dimanfaatkan oleh seramai 14,637 petani dari 12 daerah di Sabah serta melibatkan kawasan agihan seluas 23,138 hektar.

“Sebanyak RM18.37 juta peruntukan bagi seluruh negeri Sabah dan skim ini akan meningkatkan pendapatan petani serta memperkasa ekonomi petani Sabah,” katanya pada Program Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di sini semalam.

Antara tetamu yang menjayakan Program Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Beaufort semalam.
Antara tetamu yang menjayakan Program Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Beaufort semalam.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Pada majlis itu Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Perniagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada asnaf di Sabah berjumlah RM340,000 yang melibatkan seramai 1,700 penerima.

Golongan peladang, penternak dan nelayan akan menerima berupa geran, elaun, skim ternakan, dan zakat kepada yang layak dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Artikel Berkaitan: