Enam beranak ditahan edar dadah

Polis merampas dadah susulan penahanan suspek di Klang, semalam.
Polis merampas dadah susulan penahanan suspek di Klang, semalam.
A
A
A

KLANG - Enam beranak termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah sejak dua bulan lalu di sekitar daerah ini diberkas di sebuah rumah di Kapar semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, mereka dipercayai aktif sejak dua bulan lalu.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 7.30 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan pemeriksaan menemui satu bungkusan kertas mengandungi beg plastik berisi ketulan dan serbuk disyaki dadah syabu.

"Soal siasat kemudian membawa penahanan dua lagi lelaki kira-kira jam 11 malam, hari yang sama di Jalan Batu 5, Klang yang disyaki pembekal dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas satu sampul surat mengandungi beg plastik disyaki berisi ketulan dan serbuk dadah syabu di dalam kereta dinaiki suspek.

Tambahnya, kesemua dadah yang dirampas dianggar seberat 0.34 kilogram dengan nilai RM34,600 dan wang tunai RM1,000.

"Semakan lanjut mendapati dua daripada suspek yang ditahan memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah. Kesemua suspek berusia lingkungan 17 hingga 52 tahun kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: