X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut ditikam: Tiga termasuk seorang OKU ditahan

Seorang lelaki yang parah dipercayai ditikam selepas bergaduh dalam kejadian di Seksyen 9, Shah Alam, Isnin lalu disahkan meninggal dunia, semalam.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki yang dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dalam pergelutan di kawasan kaki lima, Seksyen 9 di sini, meninggal dunia, semalam selepas empat hari dirawat di hospital.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa yang berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.35 petang di Hospital Shah Alam dan bedah siasat akan dijalankan pada pagi ini.

Menurutnya, berdasarkan keterangan awal doktor, mangsa dipercayai ditikam dengan objek tajam di bahagian tengah abdomen dan polis kini giat mengesan individu yang menikam mangsa.

Katanya, kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu dipercayai berpunca ketika mangsa datang ke arah dua lelaki berusia 29 dan 47 tahun yang sedang menjaja di hadapan sebuah restoran di Seksyen 9.

"Mangsa telah bertindak memarahi kedua-dua mereka sebelum cuba menyerang dan menumbuk lelaki berusia 29 tahun itu hingga berlaku pergaduhan.

"Pada masa sama, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang melalui kawasan itu telah cuba meleraikan pergaduhan tersebut namun lelaki OKU itu melarikan diri apabila dia cuba diserang mangsa.

"Mangsa kemudian mengejar lelaki OKU itu sejauh kira-kira 100 meter sebelum rebah di hadapan sebuah kedai perabot akibat berdarah di bahagian perut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Seorang lelaki yang parah dipercayai ditikam selepas bergaduh dalam kejadian di Seksyen 9, Shah Alam, Isnin lalu disahkan meninggal dunia, semalam.
Seorang lelaki yang parah dipercayai ditikam selepas bergaduh dalam kejadian di Seksyen 9, Shah Alam, Isnin lalu disahkan meninggal dunia, semalam.

Baharudin berkata, susulan itu polis telah menahan tiga lelaki termasuk OKU berusia 37 tahun kira-kira jam 6.30 petang dan berdasarkan keterangan awal saksi di lokasi kejadian mendapati tiada individu melihat mangsa ditikam.

Bagaimanapun polis sedang menyiasat individu yang menikam mangsa dan orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu.

"Kesemua tangkapan kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sebelum ini tular di Facebook mengenai seorang lelaki ditikam dengan alat membaiki kasut kerana didakwa berpunca daripada kes buang pembalut gula-gula-getah.

Tular juga mengenai mangsa yang menjalani beberapa pembedahan kerana mengalami luka dalam akibat ditusuk dengan peralatan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!