FAM patuh 30 September

Laporan Sinar Harian semalam. - Gambar kecil: Mohd Firdaus Mohamed
Laporan Sinar Harian semalam. - Gambar kecil: Mohd Firdaus Mohamed
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akur dengan arahan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bahawa 30 September ini adalah tarikh terakhir bagi semua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan proses penswastaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed, badan induk bola sepak negara itu sememangnya patuh dengan arahan AFC yang tidak akan bertolak ansur dalam soal proses penswastaan kali ini.

“FAM sebenarnya berusaha keras setiap masa dalam mengingatkan ahli gabungan yang masih lagi belum menyelesaikan proses penswastaan kelab untuk segera melengkapkan perkara penting yang ditetapkan AFC.

“Kami juga sedia maklum bahawa FAM sudah diberikan lanjutan tiga tahun sejak 2017 oleh AFC untuk melengkapkan proses penswastaan ini. Jadi kami akur dengan ketegasan AFC yang tidak akan berkompromi lagi dalam isu ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, setakat semalam sebanyak 90 peratus pasukan atau kelab Liga-M hampir berjaya melengkapkan proses penswastaan masing-masing.

“Insya-ALLAH, saya yakin 95 peratus pasukan dan kelab akan menyelesaikan proses penswastaan masing-masing menjelang 30 September depan,” katanya.

Artikel Berkaitan: