Hilang kudrat selepas diserang strok

Sharifah Azizah menyerahkan sumbangan barang-barang keperluan perubatan kepada Mohamad Zaim di rumahnya di Felda Semenchu, Bandar Penawar, Kota Tinggi semalam.
Sharifah Azizah menyerahkan sumbangan barang-barang keperluan perubatan kepada Mohamad Zaim di rumahnya di Felda Semenchu, Bandar Penawar, Kota Tinggi semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu perumpamaan sesuai bagi menggambarkan kehidupan seorang lelaki yang tidak mampu lagi untuk menyara keluarga dengan kudrat sendiri.

Mohamad Zaim Nordin, 40, diserang penyakit angin ahmar sejak Julai dua tahun lalu hingga menyebabkannya tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan lagi termasuk menjalankan peranan sebagai ketua mencari rezeki keluarga.

Selepas diserang sakit itu hingga sebelah badannya lumpuh, Mohamad Zaim dan keluarga terpaksa berpindah dari Kuantan ke rumah ibunya di Felda Semenchu, Bandar Penawar dekat sini.

Menurut isterinya, Faridah Hamisan, 40, mêreka terpaksa berpindah bukan sahaja selepas suaminya itu tidak lagi mampu bekerja, malah pergerakan terbatas serta memerlukan sepenuh perhatian untuk melakukan urusan harian termasuk makan dan minum.

"Keadaan begini menyebabkan saya tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan kerana selain perlu uruskan suami, saya juga terpaksa menghantar anak tunggal kami ke sekolah berdekatan rumah.

"Alahamdulillah, ada rumah ibu tempat kami tumpang berteduh," katanya selepas menerima sumbangan barang-barang keperluan perubatan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain di rumahnya semalam.

Faridah berkata, suaminya yang sebelum ini bekerja kilang hanya mampu duduk serta baring di rumah dan dipapah jika ingin bergerak.

"Sekarang dia hanya boleh minum sejenis susu formula berharga RM90 satu tin yang dapat bertahan antara dua hingga tiga hari.

Artikel Berkaitan:

"Dia juga memerlukan lampin pakai buang antara tiga hingga empat keping sehari, namun bernasib baik kerana ibu dan ayah banyak membantu kami selain sumbangan orang ramai," katanya.