'Nak batal, batal lah...': Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia tidak terkesan dengan tindakan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang membatalkan hak penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan diadakan di Kuching, Sarawak, Julai depan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia mempunyai peluang untuk menganjurkan acara sukan bertaraf dunia yang lain.

"Nak batal, batallah...

"Tak boleh anjur olimpik, kita anjur yang lain," katanya ketika diminta mengulas mengenai pembatalan hak penganjuran sukan itu.

Menurutnya, dunia pada masa kini bertindak mengikut kehendak Israel.

"Saya tidak fahamlah, dunia ada kuasa tetapi terpaksa ikut Israel, tetapi kita tidak ikut (kehendak Israel," katanya.

Semalam, IPC membatalkan hak Malaysia menganjurkan kejohanan itu selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberikan jaminan kepada perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan iaitu bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.

Pada 10 Januari lalu, Mahathir mengulangi pendirian Malaysia untuk tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan tersebut dan sekiranya rejim itu menghantar penyertaan, ia adalah salah satu kesalahan.

Artikel Berkaitan: