Covid-19: 21 kes baharu dilaporkan

 Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Terdapat 21 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataann berkata, kes baharu itu membabitkan lima kes import dan 16 penularan tempatan.

"Bagi penularan dalam negara, 15 kes melibatkan rakyat tempatan dan satu warga asing," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KKM mengesan lima kes membabitkan dua saringan Kluster Benteng LD.

"Tiga lagi masing-masing Kluster Selamat, saringan Hospital Tawau dan saringan sign off kapal di Pelabuhan Sipitang," katanya.

Beliau berkata, di Kedah pula, tujuh kes dikesan membabitkan enam daripadanya Kluster Sungai.

"Satu lagi kes saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kota Setar," tambah beliau.

Selain itu, KKM turut mengesan dua kes di Pulau Pinang yang merupakan ahli keluarga kepada kes 9,397 yang tinggal serumah.

Artikel Berkaitan:

"Selangor pula satu kes saringan bergejala dikesan dan ditempatkan di Hospital Sungai Buloh manakala satu kes saringan di pintu masuk antarabangsa di Sarawak turut dikenalpasti," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 10,052 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 674 kes," katanya.

Menurutnya, terdapat 13 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk dua memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian berkaitan Covid-19 kekal 128 kes selepas tiada kes baharu dilaporkan sementara 15 kes yang telah pulih dan dibenar discaj hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 9,250 kes iaitu bersamaan dengan 92.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," kata beliau.