Penjawat awam mengaku tidak bersalah tampar muka isteri

Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya minggu lepas.
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya minggu lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya minggu lepas.

Zulzambri Abdul Yusof, 36, pemandu van klinik kesihatan dituduh mencederakan wanita berumur 35 tahun itu dengan menampar muka di hadapan Wisma CIMB, Jalan Pantai Baharu, Brickfields, di sini jam 1.30 tengah hari, 7 September lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dibenarkan kerana dia menanggung dua orang anak dan berjanji tidak akan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Majistret Aina Azahra Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Oktober untuk sebutan semula kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: