X

Kindly register in order to view this article
!

Presiden Venezuela didakwa dalang jenayah kemanusiaan

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro didakwa oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai dalang dalam jenayah menentang kemanusiaan. - Foto AFP
A
A

GENEVA - Presiden Venezuela dan menteri-menteri kanan didakwa bertanggungjawab dalam jenayah menentang kemanusiaan, kata beberapa pegawai penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Bagaimanapun, laporan PBB itu kemudian dianggap satu pembohongan oleh kerajaan Venezuela.

Pasukan badan dunia PBB yang ditugaskan menyiasat satu dakwaan pencabulan hak asasi manusia berkata, mereka telah menemui bukti bahawa individu-individu berpengaruh dalam kerajaan termasuk Presiden Nicolas Maduro menjadi dalang beberapa jenayah serius seperti pembunuhan serta penggunaan penderaan bersistematik.

Menteri Luar Venezuela, Jorge Arreaza kemudian membuat hantaran balas di Twitter dengan mengkritik laporan tersebut kerana dibuat tanpa menggunakan metodologi yang rapi serta dikawal oleh kerajaan yang patuh kepada Washington.

Dia berkata, dokumen itu juga dicipta oleh Misi Mencari Maklumat Antarabangsa yang didayausahakan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB setahun lalu turut dipenuhi dengan pembohongan.

Pengerusi misi itu, Marta Valinas berkata, terdapat alasan yang munasabah dalam laporan tersebut untuk dipercayai bahawa pihak berkuasa Venezuela dan pasukan keselamatan sejak tahun 2014 telah merancang dan melaksanakan pembunuhan serius yang melanggar hak asasi manusia. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!