Pepsi perkenal tiga reka bentuk tin baharu edisi terhad Hari Malaysia

Pepsi memperkenalkan tiga reka bentuk tin baharu edisi terhad melambangkan keunikan elemen pelbagai budaya di negara ini sempena Sambutan Hari Malaysia 16 September.
Pepsi memperkenalkan tiga reka bentuk tin baharu edisi terhad melambangkan keunikan elemen pelbagai budaya di negara ini sempena Sambutan Hari Malaysia 16 September.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pepsi, minuman berperisa kola terkenal di dunia memperkenalkan tiga reka bentuk tin baharu edisi terhad melambangkan keunikan elemen pelbagai budaya di negara ini sempena Sambutan Hari Malaysia 16 September.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T Sundaram berkata, reka bentuk itu dihasilkan dengan kerjasama pelukis tempatan.

Menurutnya, tiga reka bentuk tin baharu itu mengetengahkan peralatan memasak yang sering digunakan rakyat negara ini iaitu periuk tanah liat, lesung batu dan acuan kuih loyang.

"Kempen ini bertujuan mempromosi kepelbagaian budaya masyarakat yang menjadi kebanggaan di negara ini.

"Selain itu, ia juga sebagai usaha menyokong dan meraikan bakat seni pelukis tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sundaram berkata, Pepsi edisi terhad bertemakan 'budaya kita alami bersama' itu boleh didapati di peruncit terhad iaitu di MyNews, Kedai Mesra Petronas dan Shell Select bermula September ini.

“Sambutan Hari Malaysia kali ini amat istimewa dan memberi peluang kepada rakyat negara ini melihat ke hadapan setelah menghadapi situasi mencabar.

"Pepsi ingin menerapkan budaya Malaysia berwarna-warni dan mahu menghargai kepelbagaian ini sambil meraikan seni dan pelukis tempatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, reka bentuk tin baharu merangkumi tiga perkakas dapur yang sering digunakan dalam penyediaan makanan itu dihasilkan dengan kerjasama pelukis tempatan iaitu Cloakwork, Sliz dan Thineswari Govindasamy.

“Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya yang jelas kelihatan dari segi makanan, festival dan kebiasaan lain," katanya.

Beliau memberitahu, Pepsi turut menganjurkan peraduan digital Beli, Ambil Gambar dan Menang yang menyediakan hadiah wang tunai RM100 kepada 10 pemenang setiap hari sepanjang September ini.

"Orang ramai hanya perlu mendapatkan tiga tin pepsi edisi terhad yang berlainan, ambil gambar bersama ketiga-tiga tin minuman tersebut dan memuat naik gambar di media sosial menggunakan tanda pagar #PepsiBudayaKitaAlamiBersama.

"Reka bentuk tin yang mewakili warisan budaya yang berlainan boleh didapati di lokasi berikut untuk tempoh masa yang terhad sahaja," katanya.