X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Thailand rancang peruntuk 51 bilion baht untuk bantuan tunai

Kabinet Thailand merancang pemberian wang tunai 51 bilion baht kepada 24 juta rakyat untuk meningkatkan penggunaan domestik dan mengurangkan kesan pandemik Covid-19. - Foto AFP
A
A

BANGKOK - Kabinet Thailand merancang pemberian wang tunai 51 bilion baht (100 baht = RM13.24) kepada 24 juta rakyat untuk meningkatkan penggunaan domestik dan mengurangkan kesan pandemik koronavirus (Covid-19).

Pusat Pentadbiran Situasi Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha pada Rabu telah meluluskan pemberian wang tunai 30 bilion baht daripada rancangan tersebut kepada 10 juta rakyat untuk pembelian barangan pengguna menjelang suku akhir tahun ini.

Di bawah skim (30 bilion baht), penerima akan mendapat diskaun harian 100 baht sehari atau 3,000 baht sebulan untuk membeli makanan, minuman dan barangan keperluan rumah daripada peniaga kecil. Skim ini tidak termasuk kedai serbaneka dan francais.

Selain itu, 14 juta pemegang kad kebajikan akan menerima 500 baht dari Oktober hingga Disember tahun ini, keseluruhannya berjumlah 21 bilion baht.

Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata rancangan itu masih menunggu persetujuan kabinet.

Sementara itu, Prayuth berkata pemerintah sedang meneliti pelbagai langkah untuk menghadapi kemerosotan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19.

"Kita harus bersedia kerana kita tidak dapat menjangkakan bilakah situasi Covid-19 akan berakhir," katanya.

Beliau menjamin kerajaan memberikan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!