Covid-19: Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu berjaya kesan penumpang Malindo Air

Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu di Facebooknya memaklumkan berjaya menjejaki penumpang yang menaiki pesawat Malindo Air OD1008 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah Jumaat lalu.
Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu di Facebooknya memaklumkan berjaya menjejaki penumpang yang menaiki pesawat Malindo Air OD1008 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah Jumaat lalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu berjaya menjejaki penumpang yang menaiki pesawat Malindo Air OD1008 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah Jumaat lalu.

Pejabat kesihatan itu menerusi satu hantaran di Facebook rasminya semalam memaklumkan, penumpang yang duduk di barisan 30 hingga 33 sudah menghubungi petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pejabat berkenaan.

"Kita sedang cari kontak individu berkenaan.

"Kita nasihatkan agar amalkan 3W (wash, wear dan warn) serta elak 3C (crowded place, confined space dan close conversation)," kata kenyataan itu.

Terdapat 48 kes baharu dilaporkan bagi Kluster Benteng di Sabah sehingga semalam. Ia menjadikan jumlah kes positif kluster itu sebanyak 472 kes.

Sehingga 12 tengah hari semalam, sejumlah 7,247 individu di Lahad Datu dan Tawau telah disaring dalam kluster ini.

Artikel Berkaitan: