X

Kindly register in order to view this article
!

Perkukuh kerjasama lindungi lapisan ozon

Pelajar-pelajar daripada UMP Gambang turut mengambil bahagian membersihkan pekarangan Rimba Lestari UMP Pekan.
A
A

PEKAN - Sambutan Hari Ozon Sedunia peringkat Negeri Pahang tahun ini diraikan dengan lebih 150 pelajar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Alam Flora Pahang menjayakan program Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon 2020, Ozone 4 Life.

Peserta berpeluang menjelajah kampus dan menyertai pertandingan fotografi dan flogging, penanaman pokok, ceramah, kuiz interaktif, pengumuman minyak masak terpakai dan pengumpulan sisa elektrik serta elektronik.

Pengarah JAS Pahang, Mohd Sani Md Daud berkata, penglibatan UMP mengukuhkan jalinan kerjasama dan meningkatkan penghayatan nilai alam sekitar dalam kalangan warga pendidik serta mahasiswa iaitu generasi yang akan menerajui negara.

“Kerjasama institusi dan agensi ini juga menggalakkan pelaksanaan kawalan kendiri bagi mencegah berlakunya pencemaran Alam Sekitar kalangan industri,” katanya ketika perasmian yang berlangsung di Dewan Serbaguna UMP Pekan, di sini.

Mohd Sani (duduk) melaksanakan acara penanaman pokok di Rimba Lestari UMP Pekan.
Mohd Sani (duduk) melaksanakan acara penanaman pokok di Rimba Lestari UMP Pekan.

Program turut mendapat kerjasama Alam Flora Sdn Bhd.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa), Profesor Ts Dr Mohd Rosli Hainin; Timbalan Pengarah Operasi JAS, Noor Shahniyati Ahmad Shukri dan Pengurus Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Alam Flora Sdn Bhd, Dr Ramizu Abdul Rahim; Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam UMP, Ir Dr Fadzil Mat Yahaya serta Pengurus Kawasan Perkhidmatan Pahang 2 Alam Flora Sdn Bhd, Mohd Hadzlin Nadzri.

Sementara itu Mohd Rosli berkata, UMP turut melestari dan menghijaukan kampus di bawah inisiatif Kampus Lestari.

Menurutnya, ia merupakan polisi pembangunan dan pengurusan fasiliti kampus yang mengambil kira perspektif sistem dan ekonomi sekitar.

“Terdapat tujuh inisiatif utama dalam Pelan Kampus Lestari ini iaitu Pembangunan Mampan dan Fasiliti Hijau, Penjimatan Tenaga dan Sumber Air, Kampus Hijau, Pengangkutan Cekap, Pengurusan Sisa Organik, Bukan Organik dan Terjadual, Teknologi Lestari dan Kampus Selamat.

Penanaman pokok di Rimba Lestari yang berkeluasan 26.82 ekar itu mempunyai 800 pokok hutan dan 1,800 pokok Akasia.
Penanaman pokok di Rimba Lestari yang berkeluasan 26.82 ekar itu mempunyai 800 pokok hutan dan 1,800 pokok Akasia.

"Rimba Lestari yang berkeluasan 26.82 ekar itu mempunyai 800 pokok hutan dan 1,800 pokok Akasia. Antara pokok kayu tropika yang terdapat di Rimba Lestari ialah Tongkat Ali, Meranti Tembaga, Ketapang, Merbau, Cengal, Beruas, Ketapang, Jelutung dan lain-lain.

“UMP juga mempunyai dusun seluas 2.2 ekar yang mempunyai 100 pokok buah-buahan antaranya seperti pokok mangga, durian, rambutan, durian belanda, limau bali dan lain-lain lagi. Segelintir pokok buah-buahan ini sudah mula berbunga dan ada yang sudah mengeluarkan buah," katanya.

UMP tersenarai di tempat kelima di Malaysia, 18 di Asia dan 76 di dunia dalam Penarafan UI-Green Metric World University Ranking 2019 dan usaha ini adalah agenda utama UMP.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!