Maqis rampas biji kopi dari Indonesia

Beberapa bungkusan mengandungi biji kopi dari Indonesia dirampas pihak Maqis dalam pemeriksaan di Pejabat Pos DHL, LTAS, Kulai, semalam.
Beberapa bungkusan mengandungi biji kopi dari Indonesia dirampas pihak Maqis dalam pemeriksaan di Pejabat Pos DHL, LTAS, Kulai, semalam.
A
A
A

KULAI - Cubaan membawa masuk bungkusan mengandungi biji kopi dari Indonesia berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini semalam.

Mẻnerusi pemeriksaan pada jam 10 pagi di Pejabat Pos DHL LTAS menemukan sembilan bungkusan mengandungi biji kopi dengan berat 18.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM790.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati biji kopi tersebut tidak mempunyai permit import sah yang dikeluarkan pihak Maqis.

"Ini termasuk tiada sijil fitosanitasi dari negara asal. Biji kopi dibawa masuk untuk kegunaan sendiri. Biji kopi tersebut ditahan untuk tindakan lanjut. Biji kopi berkenaan dipesan seorang wanita tempatan berusia 30-an dan keterangan daripadanya sudah diambil.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport keluaran pertanian tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: