Mohd Zawawi, Borhan angkat sumpah Exco Selangor

Mohd Zawawi (gambar kiri) dan Borhan (gambar kanan) mengangkat sumpah jawatan serta ikrar aku janji pelantikan Exco Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri Istana Alam Shah hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KLANG - Dua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang baru dilantik hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah dan ADUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, kedua-duanya daripada PKR, berkuat kuasa Sabtu ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang ditemui pemberita selepas istiadat mengangkat sumpah berkenaan berkata, portfolio kedua-dua Exco tersebut akan ditentukan kemudian.

Setakat ini, portfolio Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan kosong apabila perkhidmatan ADUN Selat Klang daripada Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari ditamatkan Mac lepas berikutan penjajaran semula politik di peringkat persekutuan.

Selain itu, khidmat Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar yang dijalankan oleh ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha ditamatkan pada Julai lepas selepas keahlian beliau dalam PKR dilucutkan.

Artikel Berkaitan: