Tujuh penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya diberkas

Antara penunggang motosikal yang ditahan di Plaza Tol Port Dickson.
Antara penunggang motosikal yang ditahan di Plaza Tol Port Dickson.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh lelaki yang melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) ditahan polis semalam.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi mereka dikesan kira-kira jam 5.45 petang ketika sedang melakukan tunggangan seperti zig-zag dan menundukkan badan.

"Aksi tujuh lelaki itu dikesan bermula dari Kilometer (KM)212 hingga KM217.

"Mereka dikatakan berkonvoi dari Batu Pahat ke Seremban. Tidak lama kemudian, semua penunggang motosikal terbabit berhenti di Plaza Tol Port Dickson, sebelum ditahan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah untuk siasatan.

"Kita turut menyita kesemua motosikal. Kesemua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: