Bot nelayan asing cuba rempuh kapal APMM

Ariffin (dua dari kanan) melihat hasil laut yang dikaut nelayan asing yang ditahan KM Tok Bali, selasa lalu.
Ariffin (dua dari kanan) melihat hasil laut yang dikaut nelayan asing yang ditahan KM Tok Bali, selasa lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebuah bot nelayan asing yang membawa pukat tunda ganding bertindak agresif dengan cuba merempuh kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), KM Tok Bali ketika ditahan selepas dikesan menceroboh perairan negara.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot berkenaan antara dua bot nelayan asing yang ditahan pada jarak 76 batu nautika dari muara Kuala Terengganu dalam Op Kuda Laut Siri 1/2020 pada Selasa lalu.

"Bot pertama yang ditahan jam 8 pagi dilihat bertindak agresif dengan cuba merempuh KM Tok Bali sebelum cuba melarikan diri.

"Tindakan pantas anggota penguat kuasa berjaya 'menundukkan' bot berkenaan dan kesemua 19 awak-awak termasuk tekong bot menyerah diri. Sebuah lagi bot yang dinaiki enam awak-awak ditahan selang setengah 17 minit kemudian.

"Kedua-dua bot ini berdekatan antara satu sama lain dan kita percaya mereka melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda ganding," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini, hari ini.

Seramai 25 kru termasuk tekong warga Vietnam dari dua buah bot yanh ditahan KM Tok Bali dalam operasi yang dijalankan, Selasa lalu.
Seramai 25 kru termasuk tekong warga Vietnam dari dua buah bot yanh ditahan KM Tok Bali dalam operasi yang dijalankan, Selasa lalu.

Ariffin berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan turut menemui hasil tangkapan laut, bekalan diesel, dan peralatan menangkap ikan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM3 juta.

Beliau berkata, kesemua 25 kru termasuk tekong kapal berusia 15 hingga 50 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah serta salah sebuah bot tiada nombor pendaftaran dan lesen.

Artikel Berkaitan:

"Kes ini akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong dan kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kesemua yang ditahan dibawa menjalani proses saringan koronavirus (Covid-19) oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum kes diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut," katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, sebanyak 48 bot nelayan asing Vietnam bersama 542 kru termasuk tekong kapal berjaya ditahan sepanjang Op Kuda Laut Siri 1/2020 diadakan.

"Pihak APMM akan terus melakukan rondaan di sempadan negara bagi mengekang pencerobohan nelayan asing yang dilihat masih tidak serik menjarah hasil laut.

"Kita juga memandang serius penglibatan nelayan tempatan yang bersekongkol dan menjadi tali barut nelayan asing. Pihak Maritim masyarakat tempatan terutama nelayan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa," katanya.