X

Kindly register in order to view this article
!

Kempen #KasiSupportBaranganTempatanLah GM Klang dapat sambutan

Pemenang cabutan bertuah merakamkan gambar bersama maskot Gina dan Mat di GM Klang.
A
A

KLANG - Kempen #KasiSupportBaranganTempatanLah anjuran pusat pemborong GM Klang yang bermula 31 Ogos sehingga 30 September ini mendapat sambutan dan sokongan memberangsangkan daripada orang ramai.

Menerusi kempen tersebut, GM Klang akan memilih seramai 10 pemenang bertuah bagi mendapatkan insentif beli-belah bernilai RM300 di pusat pemborong tersebut.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, kempen tersebut boleh disertai dengan pengunjung hanya perlu mendapatkan topi eksklusif berharga RM5 dan mengambil gambar di mana-mana lokasi menarik sekitar gedung borong tersebut.

“Mereka perlu ambil gambar bersama topi dan memuat naik di laman sosial Facebook atau Instagram dengan menggunakan tag GM Klang dan #support barangan tempatan.

“Seramai 10 pemenang bertuah akan diumumkan pada Oktober nanti,” katanya kepada Sinar Harian sewaktu promosi topi berkenaan di pintu masuk GM Klang semalam.

Turut berlangsung penyampaian hadiah cabutan bertuah GM Klang bernilai RM1,000 bagi bulan Ogos kepada lima pemenang bertuah.

Mengulas lanjut, Norsuhaida berkata, pelancaran kempen tersebut merupakan usaha bagi menyokong barangan dan jenama tempatan dipasarkan di GM Klang selain sebahagian daripada sokongan terhadap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia.

“Topi berkenaan boleh dibeli di kaunter perkhidmatan pelanggan di tingkat satu GM Klang dan staf pengurusan bersama maskot Gina dan Mat turut turun padang bagi membuat promosi,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang hadiah cabutan bertuah, Shaharul Anuwar Abdul Wahab, 59, tidak menyangka dipilih untuk memenangi hadiah bernilai RM1,000 dalam peraduan itu.

“Saya hantar borang dan tak sangka pula kunjungan kami dari Ipoh ke GM Klang sebelum ini membawa tuah sehingga berjaya memenangi RM1,000 ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!