X

Kindly register in order to view this article
!

Kerbau Syukur: JPV mula suntik antibiotik

Muhammad Syukur Khamis, 15, (kiri) bersama bapanya Khamis Jusoh, 64, melihat salah seekor kerbau yang tidak sihat di Kampung Kubang Bujuk. - Foto Bernama
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah memulakan suntikan antibiotik kepada baki 58 ekor kerbau milik keluarga Muhammad Syukur Khamis yang masih sihat.

Pengarahnya Dr Mohd Termizi Ghazali berkata suntikan itu bagi mencegah jangkitan sekunder serta meningkatkan daya tahan kerbau untuk melawan penyakit.

"Sekiranya haiwan tersebut sudah dijangkiti penyakit itu, antibiotik hanya melambatkan proses kematian. Selebihnya bergantung pada daya tahan kerbau berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Keluarga remaja yang terkenal dengan gelaran 'Mowgli Malaysia' dan 'Kampung Boy' itu mendapat simpati rakyat Malaysia apabila 52 daripada 110 kerbau peliharaan mereka mati secara berperingkat sejak 9 Sept lepas dipercayai akibat hawar berdarah.

Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ melihat seekor demi seekor kerbau peliharaan bapanya yang ditemui mati ketika melawat ke kandang kerbau di Kampung Banggol Katong. - Foto Bernama
Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ melihat seekor demi seekor kerbau peliharaan bapanya yang ditemui mati ketika melawat ke kandang kerbau di Kampung Banggol Katong. - Foto Bernama

Muhammad Syukur, 15, mula terkenal apabila gambar-gambar yang menampilkan kemesraannya bersama lebih 100 ekor kerbau tular dan gambar-gambar berkenaan pernah muncul juara pertandingan foto peringkat Asia selain tersenarai antara 20 gambar terbaik dunia. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 36 kerbau Mowgli Malaysia mati bergelimpangan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!