X

Kindly register in order to view this article
!

Neymar terlepas dua perlawanan

Neymar adalah antara lima pemain yang dibuang padang pada penghujung babak kedua selepas tercetusnya pergaduhan semasa perlawanan antara PSG dan Marseille di Stadium Le Parc des Princes, baru-baru ini.
A
A

LIGA Bola Sepak Perancis (LFP) mengenakan penggantungan dua perlawanan terhadap bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar susulan kad merah diterima pemain Brazil itu ketika menentang Marseille pada aksi Ligue 1 di Stadium Le Parc des Princes, baru-baru ini.

Menurut pengendali liga Perancis itu, penggantungan berkenaan juga bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan perkauman penyerang berkenaan ke atas pemain Marseille, Alvaro Gonzalez.

Tambah LFP, siasatan akan mengkaji rakaman video bantuan pengadil (VAR) terhadap dakwaan berlakunya elemen perkauman itu.

"Kami tahu bahawa berlakunya insiden pertengkaran semasa perlawanan PSG Marseille, jadi untuk itu tujuan utama sekarang adalah bagi menentukan apa yang sebenarnya diperkatakan dan apa yang didengar.

"Cumanya pada ketika ini ditegaskan masih belum ada kepastian untuk memanggil pemain-pemain lagi," kata Presiden Suruhanjaya Disiplin, Sebastien Deneux.

Neymar adalah antara lima pemain yang dibuang padang pada penghujung babak kedua selepas tercetusnya pergaduhan semasa perlawanan berstatus Classique kedua-dua kelab itu.

LFP pada masa sama juga akan menyiasat dakwaan Gonzalez dan Marseille bahawa seorang lagi pemain PSG, Angel Di Maria meludah pemain pertahanan pelawat berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!